Search This Blog

Monday 5 March 2012

Kanak-kanak dan Fotography

Bukan senang nak ambil gambar kanak-kanak ye kawan-kawan... heee... Dalam erti kata lain, ikut suka hati dia orang (kanak-kanak) je. Biasa lah nama pun kanak-kanak kan. Kena ikut mood mereka. Kadang-kadang memang susah nak dijangka. So.. Jom saya bagi sedikit tips-tips ringkas untuk mama-mama dan papa-papa yang suka ambil gambar anak-anak mereka ye...



  1. Mood - pastikan mood anak-anak anda baik ye.. Dah makan, dah tidur, dah salin lampin dll..
  2. Sabar - kena banyak sabar ikut mood dan 'kena jadi kanak-kanak' juga (berinteraksi dan bermain dengan mereka juga)
  3. Mainan - bawa mainan kegemaran mereka atau ke taman mainan. Ambil gambar mereka sedang bermain dan berinteraksi dengan mainan mereka.
  4. Warna - warna pakaian dan latar belakang sangat memainkan peranan ye. Kalau bawak kanak-kanak ke tanam mainan jangan pakai kan pakaian warna hijau, tak nampak contrast. 
  5. Cahaya - kalau ambil gambar dalam rumah dekatkan pada tingkap atau pintu dimana ada cahaya.
  6. Focus - saya suka focus pada mata kanak-kanak untuk gambar portrait rasa macam ada tarikan je bila kita tengok pada gambar tu.
  7. Expression - ambil expression kanak-kanak, emotion dan ikatan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang ada di keliling kanak-kanak itu.
  8. Level - paraskan kamera di paras kanak-kanak. Mereka akan lebih selesa berada di 'kalangan' mereka dan jangan paksa mereka untuk memandang kamera.
  9. Pantas - jangan melengah-lengahkan masa, teruskan capture setiap detik kanak-kanak kerana mereka tidak akan boleh mengulagi aksi-aksi atau ekperasi-ekperasi bernilai mereka.
  10. Enjoy - luangkan masa mengambil gambar kanak-kanak dengan santai, make it fun ! Ambil gambar sebanyak mana yang anda mampu, bukan kena bayar pun.. hehe...


So... Akhir kata dari saya, selamat mencuba !! Ingat... apa-apa saja bentuk gambar yang kita ambil tu sebenarnya ada seni nya tersendiri ye kawan-kawan. Don't stop capturing our children precious moment.
Enjoy mine first yeah...