- Mood - pastikan mood anak-anak anda baik ye.. Dah makan, dah tidur, dah salin lampin dll..
- Sabar - kena banyak sabar ikut mood dan 'kena jadi kanak-kanak' juga (berinteraksi dan bermain dengan mereka juga)
- Mainan - bawa mainan kegemaran mereka atau ke taman mainan. Ambil gambar mereka sedang bermain dan berinteraksi dengan mainan mereka.
- Warna - warna pakaian dan latar belakang sangat memainkan peranan ye. Kalau bawak kanak-kanak ke tanam mainan jangan pakai kan pakaian warna hijau, tak nampak contrast.
- Cahaya - kalau ambil gambar dalam rumah dekatkan pada tingkap atau pintu dimana ada cahaya.
- Focus - saya suka focus pada mata kanak-kanak untuk gambar portrait rasa macam ada tarikan je bila kita tengok pada gambar tu.
- Expression - ambil expression kanak-kanak, emotion dan ikatan dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang ada di keliling kanak-kanak itu.
- Level - paraskan kamera di paras kanak-kanak. Mereka akan lebih selesa berada di 'kalangan' mereka dan jangan paksa mereka untuk memandang kamera.
- Pantas - jangan melengah-lengahkan masa, teruskan capture setiap detik kanak-kanak kerana mereka tidak akan boleh mengulagi aksi-aksi atau ekperasi-ekperasi bernilai mereka.
- Enjoy - luangkan masa mengambil gambar kanak-kanak dengan santai, make it fun ! Ambil gambar sebanyak mana yang anda mampu, bukan kena bayar pun.. hehe...
So... Akhir kata dari saya, selamat mencuba !! Ingat... apa-apa saja bentuk gambar yang kita ambil tu sebenarnya ada seni nya tersendiri ye kawan-kawan. Don't stop capturing our children precious moment.
Enjoy mine first yeah...
No comments:
Post a Comment